Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
29) DEWAN MASYARAKAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah prosedur untuk memohon membina dewan masyarakat?
Prosedur bagi pembinaan dewan masyarakat adalah:
- Mengkaji setiap permohonan yang diterima atau mencadangkan permohonan melalui keperluan semasa;
- Semakan status tanah bagi pewartaan tapak dewan; dan
- Kelulusan bagi cadangan pembinaan akan dibentangkan dalam mesyuarat di peringkat Majlis untuk kelulusan.
-
Nyatakan berapa jumlah dewan yang telah dibina oleh Kerajaan mengikuti PBT dengan tarikh pembinaan.
Jumlah bilangan dewan masayarakat yang dibina oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
Nota : Sumber Pihak Berkuasa Tempatan
-
Nyatakan status pembinaan dewan baru di Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes
Pembinaan dewan di Tasik Puteri masih dalam peringkat perancangan bersama pemaju Rawang Lakes. Perbincangan lanjut serta pelan konsep akan diadakan pada penghujung Mac 2020 di antara Majlis dengan Rawang Lakes.
Pembinaan dewan di Bandar Country Homes masih tiada dalam perancangan dan tertakluk kepada kelulusan rezab dewan.