Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

26) KLINIK KESIHATAN DAN HOSPITAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan projek pembinaan hospital SELCARE di Rawang?

    Perkembangan projek pembinaan SELGATE Rawang Hospital adalah seperti berikut :

  2. Apakah perkembangan untuk pemohonan pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Country Homes?

    Tapak cadangan bagi Klinik Kesihatan ini adalah tapak serahan yang masih berstatus tanah negeri dan Bandar Country Homes mempunyai Klinik Komuniti untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

  3. Apakah perkembangan untuk naiktaraf Klinik Kesihatan Batu Arang?

    Kerja Ujian Tanah dijangka diadakan pada bulan Mac 2020 dan penyediaan dokumen rekabentuk dan dokumen tender dijangka pada bulan Mac hingga Jun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.