Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

24) INDUSTRI TERNAKAN AYAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?

    MPKL tidak mengeluarkan lesen kepada syarikat yang terlibat menjalankan industri ternakan ayam.

  2. Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?

    Penternak ayam perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar dan memastikan tahap kebersihan persekitaran reban sentiasa dititik beratkan.

  3. Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?

    Aduan boleh disalurkan terus kepada pihak MPKL untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.