Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

22) LGBT DAN HIV

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senarai statistik kesalahan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku LGBT yang pernah direkodkan di Negeri Selangor.

    Sejak tahun 2017 sehingga 2019 sebanyak 16 aduan dan 15 kes tangkapan berkaitan dengan pelakuan LGBT yang melibatkan seksyen 27,28 dan 30 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995. Sebahagian kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah .

  2. Apakah langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya sonsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa?

    Dalam memastikan budaya songsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa, langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

    • Bahagian Pendidikan JAIS telah menyediakan kukurikulum berkaitan akhlak dalam Islam daripada peringkat sekolah rendah lagi.
    • Merangka plan tindakan dan modul memantapkan akidah, syariah dan akhlak dikalangan remaja bagi mendepani gejala songsang ini dari terus berlaku.
    • Beri penjelasan kedudukan sebenar Islam terhadap pelakuan LGBT yang boleh memberi kesan terhadap akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah, wacana, seminar , bengkel dan lain-lain yang berkaitan.
    • Mewujudkan penceramah dan pendakwah pakar dalam bidang akidah, syariah dan akhlak khususnya berkaitan LGBT untuk berhadapan dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan atau mempertahankan pelakuan LGBT dan juga untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya LGBT.
    • Pertingkatkan media dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran berkaitan LGBT sehingga ke akar umbi.
    • Menyediakan awareness infografic ciri dan elemen awal kecenderungan songsang.
    • Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana seksyen kesalahan yang mempunyai kaitan dengan LGBT.
    • Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Ar riqab telah mengadakan taklimat ke sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan LGBT dalam usaha pencegahan dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Program penerangan diteruskan untuk perancangan MAIS bagi tahun 2020 ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat pemulihan yang disediakan bagi golongan LGBT ini seperti Usrah Fitrah di Kelang dan Pintas di Bangi. Kelas-kelas dipemulihan diadakan sepanjang berada di pusat-pusat pemulihan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.