Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

18) PRESTASI PROGRAM JOM SHOPPING SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi terkini program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas sejak program tersebut sejak dilancarkan sehingga kini?

    Berikut adalah jumlah jemputan dari bulan September 2019 sehingga bulan Februari 2020 dan jumlah pencapaian sepanjang program ini berlangsung. Pihak YAWAS dapat maklumbalas daripada pemohon yang tidak hadir bahawa mereka tidak buat kemaskini data sejak mereka daftar dan nombor telefon yang digunakan juga telah ditukar, oleh itu pihak YAWAS akan meningkatkan publisiti dan promosi untuk kempen kemaskini data ahli SMUE.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan nilai baucar yang diterima oleh warga emas tersebut?

    Untuk makluman, buat masa sekarang nilai baucer tersebut akan dikekalkan iaitu berjumlah RM100.00 dan masih lagi tiada cadangan atau perancangan untuk menaikkan nilai baucar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.