Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
179) KAJIAN MENYELURUH PENGAWASAN CERUN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Isu pengawasan cerun khususnya di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Dengkil kerap berlaku dewasa ini. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperhalusi SOP pengawasan cerun bagi kawasan yang berisiko tinggi serta apa penyelesaian Kerajaan Negeri bagi mencegah tanah runtuh dari terus menghantui penduduk yang terjejas?
Pihak Majlis sentiasa membuat pemantauan kerja-kerja tanah di kawasan Sungai Merab, terutamanya di kawasan cerun yang boleh mengakibatkan banjir lumpur dan keruntuhan cerun. Tindakan kompaun dan notis kepada pemaju dan pengusaha kerja tanah yang tidak mempunyai kelulusan juga dikeluarkan seperti di dalam jadual di bawah. Pihak Majlis juga akan memperketatkan SOP bagi kelulusan kerja tanah di kawasan cerun.
Perkara Bilangan Kompaun 25 Notis Arahan 25 Notis Arahan berhenti kerja 25