Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
172) PELABURAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya pada suku pertama dan kedua tahun 2020.
Jumlah pelaburan yang telah berjaya pada suku pertama dan kedua tahun 2020 tidak dapat dinyatakan kerana statistik kelulusan projek perkilangan bagi tahun 2020 masih belum dikeluarkan oleh pihak MIDA.
-
Apakah strategi Invest bagi tahun 2020 untuk mencapai target pelaburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Walaupun statistik kelulusan projek perkilangan bagi tahun 2020 belum dikeluarkan oleh pihak MIDA, Kerajaan Negeri melalui MIDA tetap meneruskan program-program promosi bagi menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Antara strategi-strategi yang dilaksanakan seperti;-
- Meneruskan program-program libat urus bersama pemegang taruh dalam aktiviti pelaburan.
- Meneruskan program-program menyantuni pelabur dengan mengadakan lawatan-lawatan kilang bagi mengeratkan hubungan disamping membantu menyelesaikan permasalahan yang berbangkit untuk menggalakkan pihak syarikat membuat penambahan/ pengembangan pelaburan sedia ada.
- Membantu mempercepatkan proses kelulusan dan penyelesaian masalah yang berkaitan perlaksanaan projek-projek perkilangan menerusi mesyuarat penyelarasan projek pembangunan yang di pengerusikan oleh YB EXCO.
- Mengadakan program-program persidangan dan seminar secara maya (virtual). Sebagai contohnya webinar, online meeting.
- Program-program promosi dan pernerbitan iklan melalui media elektronik.