Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
171) MASALAH PBT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah aduan anjing liar?
Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 semua PBT di Negeri Selangor menggunapakai Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menangkap anjing liar mengikut PBT di Selangor pada tahun 2019.
PBT Negeri Selangor sentiasa melaksanakan operasi penangkapan anjing liar berdasarkan aduan yang diterima serta menjalankan operasi tangkapan anjing liar secara berkala. Bilangan operasi yang dilaksanakan mengikut PBT adalah seperti berikut:-
PBT BILANGAN OPERASI TANGKAPAN ANJING TAHUN 2019 MBSA 1056 MBPJ 169 MPK 365 MPAJ 281 MPSJ 430 MPS 40 MPKj 3810 MPSp 150 MPKL 240 MDHS 24 MDKS 48 MDSB 203