Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
170) SISTEM CCTV
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan baru yang telah dipasang CCTV mengikut DUN sepanjang tahun 2020.
Bagi tahun 2020, kerja-kerja pemasangan CCTV baharu telah ditunda seketika ekoran Perintah Pengawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana bagi membendung penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah mengenalpasti dan memuktamadkan spesifikasi teknikal bagi pemilihan kawasan untuk pemasangan 100 unit awal CCTV yang dijangka selesai pada suku keempat 2020 ini di seluruh Negeri Selangor.
-
Apakah kriteria utama bagi tujuan pemasangan CCTV di sesuatu kawasan tersebut?
Kriteria utama pemilihan kawasan untuk pemasangan CCTV baharu bagi tahun 2020 adalah berdasarkan objektif Smart Selangor untuk mewujudkan Bandar Selamat di Negeri Selangor berdasarkan keperluan pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah, Negeri Selangor. Contohnya, kawasan yang dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ dan ‘blackspot’ oleh PDRM. Contoh yang lain adalah seperti kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan pembuangan sampah haram, kesesakan lalu lintas, kawasan sekolah dan kawasan tadahan sumber air mentah Negeri Selangor.