Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
165) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah pembinaan baru sekolah rendah agama (SRA) mengikut daerah dari tahun 2016-2019.
Dua buah sekolah sahaja yang dibina iaitu SRA Denai Alam dan SRA Country Homes dari tahun 2016-2019.
-
Apakah kriteria utama bagi tujuan pembinaan sekolah rendah agama (SRA) di mana keperluan mendesak di kalangan penduduk di Bandar Bukit Mahkota Bangi?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan bangunan sekolah di mana-mana lokasi atau tempat termasuk di kawasan Bandar Bukit Mahkota. Walau bagaimanapun, kriteria cadangan pembinaan telah disediakan seperti berikut:
- Terdapat sekolah KAFA/ SRA yang jumlah muridnya terlalu ramai dengan fizikal yang tidak sepatutnya
- Bangunan sekolah terlalu uzur dan daif.
- Kawasan penempatan utama, tetapi sekolah KAFA menumpang sekolah kebangsaan atau menyewa bangunan rumah kedai/ industri.
- Kedudukan bangunan SRA terlalu jauh dan terlalu padat daripada kawasan penempatan penduduk yang baru.
- Tanah/ tapak yang disediakan oleh pemaju melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, telah diwartakan dan merupakan tanah/ tapak yang sesuai didirikan bangunan sekolah.
- Pihak pemaju telah menyediakan keperluan infra di lokasi tapak yang disediakan untuk membolehkan SRA dapat didirikan dengan tiada menggunakan kos tambahan yang banyak.
- Tidak terdapat SRA yang berdekatan atau sukar untuk lokasi sekolah contoh perhubungan jalan terlalu sukar.
- Keperluan bajet mendapat kelulusan oleh pihak Kerajaan atau pertimbangan Kerajaan.