Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
163) BANTUAN MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan anak masuk universiti setiap DUN.
Tiada perincian data bagi jumlah permohonan bantuan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi setiap DUN pada masa kini.
-
Apakah kriteria utama bagi pemohon yang ingin memohon bantuan tersebut?
Pemohon yang berminat untuk memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
i) Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
ii) Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
iii) Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
iv) Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
v) Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
vi) Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
vii) Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.