Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

146) BONUS AIDILFITRI 2020 PENJAWAT AWAM SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci perbelanjaan keseluruhan, nilai pemberian mengikut gred dan jumlah penerima bonus tersebut.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke-17/2020 yang diadakan pada 6 Mei 2020 dan telah disahkan oleh (MMKN) ke-18/2020 pada 13 Mei 2020 telah meluluskan cadangan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Menangani Impak COVID-19/ Mahabbah Hari Raya Aidilfitri 1441H Tahun 2020 sebanyak RM1,000.00 kepada semua pegawai Gred 56 dan ke bawah yang berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan syarat-syarat pembayaran BKK yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Menangani Impak COVID-19/ Mahabbah Hari Raya Aidilfitri 1441H Tahun 2020. Pembayaran BKK ini ditampung dengan menggunakan peruntukan kewangan sedia ada di Jabatan dan Agensi. Setiap jabatan dan agensi dikehendaki membuat bayaran menggunakan Objek Sebagai (OS) 17000 bagi pembayaran BKK kepada kakitangan awam lantikan tetap, manakala bagi kakitangan lantikan kontrak, sementara dan sambilan hendaklah dibayar menggunakan OS29000. Merujuk kepada maklumat yang dikemukakan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) jumlah keseluruhan bayaran BKK Menangani Impak COVID-19/ Mahabbah Hari Raya Aidilfitri 1441H Tahun 2020 adalah berjumlah RM16,448,500.00 dan melibatkan seramai 16,462 penerima.

  2. Apakah mekanisma Kerajaan Negeri menentukan jumlah pemberian tersebut?

    Jumlah penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Menangani Impak COVID-19/ Mahabbah Hari Raya Aidilfitri 1441H Tahun 2020 sebanyak RM1,000.00 dibayar kepada semua pegawai Gred 56 dan ke bawah dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dari 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020. Kelayakan pegawai yang layak dibayar adalah berdasarkan kumpulan pegawai seperti berikut:

    i) Pegawai dan kakitangan sebahagian daripada Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

    • Orang Besar Daerah;
    • Penyelaras DUN;
    • Kakitangan YB AMMKN; dan
    • Kakitangan YB ADUN.

     

    ii) Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

    • Pegawai lantikan Tetap, Sementara dan Pekerja Sambilan Harian (PSH);
    • Pegawai yang sedang dipinjamkan atau tukar sementara berdasarkan gred hakiki pegawai;
    • Pegawai yang dilantik secara Contract of Service (CoS)’dan Contrak for Service (CfS);
    • Pegawai yang diberi kemudahan cuti separuh gaji;
    • Pegawai yang diberi kemudahan cuti bergaji penuh; dan
    • Guru KAFA.

     

    iii) Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri

    • Pegawai dan kakitangan lantikan Pihak Berkuasa Tempatan, Anak Syarikat dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri;
    • Ahli Majlis PBT; dan
    • Pegawai Commisioner of Building (COB) dan One Stop Centre (OSC) PBT.

     

    iv) Pemimpin Masyarakat

    • Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
    • Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun;
    • Ketua Komuniti India; dan
    • Pengurus dan Penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB).

     

    Bagi pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020 dan pegawai yang sedang menjalani hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020 tidak layak dibayar BKK.

    Manakala pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan pada atau sebelum 31 Mei 2020 oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, bayaran BKK ditangguhkan dan hanya layak dibayar BKK sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

    Garis Panduan Pembayaran BKK Menangani Impak COVID-19/ Mahabbah Hari Raya Aidilfitri 1441H Tahun 2020 yang ditandatangani oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Ketua Perkhidmatan Penjawat Awam Negeri Selangor telah dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri tertakluk kepada kemampuan peruntukan kewangan dan penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.