Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

123) PEMERIKSAAN MAJIKAN YANG MENGAMBIL WARGA ASING BEKERJA TANPA PERMIT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah PBT atau pihak yang berkenaan akan membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan pemilik perniagaan tidak mengambil warga asing tanpa permit bekerja di syarikat mereka?

    Pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi warga asing di premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan Jabatan Imigresen, Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat/ aduan dari agensi berkaitan , PBT boleh mengeluarkan Notis Pembatalan Lesen atas kesalahan pelanggaran syarat lesen. Tindakan Pembatalan Lesen dan sitaan boleh dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil PBT 2007, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (PBT) 2007 dan UUK Pelesenan Establisymen Makanan (PBT) 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.