Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
116) PENGANGGURAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pekerja yang diberhentikan kerja di Selangor mengikut sektor akibat daripada kemuncupan ekonomi disebabkan wabak Covid-19?
Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja, bilangan pekerja di Selangor yang terlibat mengikut sektor adalah seperti berikut:-
SEKTOR PEKERJA TERLIBAT Aktiviti hartanah 120 Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 222 Aktiviti kewangan dan insuran/takaful 83 Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 948 Aktiviti perkhidmatan lain 66 Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 391 Bekalan air; pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 142 Bekalan Elektrik, gas, wap dan pendingin udara 19 Kesenian, hiburan dan rekreasi 146 Maklumat dan komunikasi 414 Pembinaan 76 Pembuatan 1621 Pendidikan 37 Pengangkutan dan Penyimpanan 104 Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 636 Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib 320 Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal 522 Perlombongan dan Pengkuarian 160 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 69 JUMLAH 6,096 -
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan tenaga kerja ini dapat dimanfaatkan di sektor lain?
JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja sentiasa mengadakan aktiviti perkhidmatan pekerjaan dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program temuduga terbuka. Sebanyak 27 program temuduga terbuka telah diadakan pada bulan Januari, Februari dan Jun 2020. Sebanyak 441 penawaran kerja telah berjaya diberikan kepada pencari kerja sepanjang program ini.