Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
104) PEMBANGUNAN SEMULA FLAT PKNS SEKSYEN 17 PETALING JAYA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini rancangan Pembangunan Semula Flat PKNS Seksyen 17 Petaling Jaya oleh PKNS?
Proses perancangan pembangunan dan pelaksanaan pembangunan semula tersebut sebelum ini dicadang diadakan melalui kerjasama di antara PKNS dan rakan pemaju swasta.
Selain dari penyediaan laporan kajian fesibiliti awal, beberapa sesi perjumpaan dan perbincangan bersama pemilik-pemilik unit flat terbabit telah diadakan semenjak 2010 bagi mendapatkan pandangan dan persetujuan terhadap cadangan untuk pembangunan semula flat tersebut yang dibina PKNS sekitar awal tahun 1970-an.
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak diteruskan berdasarkan kekangan dari aspek politik dan ekonomi ketika itu.
-
Bilakah penjanjian antara syarikat PKNS dan rakan swasta akan luput?
Tiada sebarang perjanjian yang dimuktamadkan di antara PKNS dan rakan pemaju swasta tersebut sehingga kini.