Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

100) RUMAH SETINGGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan perumahan setinggan yang masih belum diselesaikan pemindahan atau pemberimilikan tanah.

    Dasar Kerajaan Negeri di dalam pendudukan di atas Tanah Kerajaan tanpa kebenaran/ dokumen yang sah adalah selari dengan seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

    Kerajaan Negeri memandang serius isu pencerobohan/ pendudukan di atas tanah Kerajaan dan Pentadbiran Tanah melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di seluruh Negeri Selangor serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) akan menjalankan tindakan perobohan ke atas mana-mana struktur yang berada di atas tanah Kerajaan dengan mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah Di Bawah Seksyen 425 KTN sebelum menjalankan tindakan penguatkuasaan.

    Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 1/2008 telah menggariskan berkenaan permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah seksyen 76 KTN iaitu di para 3.2.3 (ii) bahawa permohonan baharu boleh diterima untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan kriteria pengusaha asal yang telah mengusahakan atau menduduki tanah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari 2008.

    Setiap isu tindakan penguatkuasaan ke atas perumahan setinggan akan dibawa ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mendapatkan solusi yang tuntas dan menyeluruh. Isu perumahan setinggan ini tidak semestinya akan berakhir dengan keputusan untuk pemberimilikan. Di antara keputusan yang pernah diputuskan dalam MTES berkenaan isu ini adalah kelonggaran yang diberikan kepada penghuni perumahan setinggan untuk mendaftar di dalam Skim Rumah Selangorku. Data perumahan setinggan yang belum diselesaikan pemindahan atau pemberimilikan tanah adalah seperti jadual berikut:

    Bil Daerah Jumlah rumah setinggan yang diberimilik dari tahun 2018 hingga 2020 (selesai) Jumlah rumah setinggan diberimilik yang belum selesai
    1. Sabak Bernam 218 121
    2. Kuala Selangor
    3. Hulu Selangor 73
    4. Gombak
    5. Klang 118 3
    6. Petaling 170 92
    7. Hulu Langat 22 90
    8. Kuala Langat 115
    9. Sepang 10

Lampiran

Tiada Lampiran.