Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
52) PERSIARAN ATMOSPHERA – PROJEK PEMBAIKAN JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah "baseline schedule" terkini projek tersebut?
Pihak Majlis memaklumkan kerja-kerja di tapak oleh pihak pemaju Worldwide Holding sedang dijalankan dan telah mencapai peratusan kerja sebanyak 60%. Kerja-kerja menaiktaraf dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2020.
-
Apakah sebarang masalah (jika ada) yang telah atau akan menjadi sebab projek tersebut tergendala?
Pihak Majlis memaklumkan kelewatan projek ini adalah disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana projek telah dihentikan sepenuhnya. Kerja-kerja ditapak telah disambung semula pada bulan Jun 2020 sehingga projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2020.