Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
45) PARIT KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah terdapat garis panduan bagi projek pembangunan perumahan dan perindustrian yang menyalurkan air longkang ke parit kampung?
Rekabentuk bagi cadangan sistem saliran bagi sebarang projek pembangunan perumahan dan perindustrian hendaklah mematuhi keperluan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Garis panduan ini dirangka agar aliran air di kawasan pembangunan dapat dikawal di punca dengan menyediakan kolam-kolam takungan dan rekabentuk sistem perparitan yang tidak menyebabkan banjir di kawasan sekitar.
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan dalam menangani isu berterusan limpahan air di parit kampung akibat pembangunan bersebelahan yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Kampung Jawa Klang?
Antara pendekatan yang diambil oleh pihak Jabatan dalam menangani masalah ini adalah melalui:
- Memastikan cadangan rekabentuk sistem saliran ke atas pembangunan bersebelahan mengambil kira keperluan saliran keseluruhan di dalam kawasan lembangan.
- Melaksanakan projek Menaiktaraf Saliran di Kg Jawa bagi menggantikan saiz perparitan yang kecil dan lama serta membina sistem rumah pam bagi mengeluarkan air perparitan ketika air laut pasang
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran berkala ke atas sistem saliran di kawasan terjejas sebagai langkah kawalan jangka masa pendek.