Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

44) REVOLUSI HIJAU JOHAN SETIA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pewartaan Tanah Revolusi Hijau yang telah menjadi tempat pembakaran terbuka, pembuangan sampah haram, stor barangan, kilang haram, depoh kenderaan berat dan lain-lain?

    Majlis Perbandaran Klang mengambil maklum berkenaan dengan Pewartaan Tanah Revolusi Hijau Johan Setia. Pihak Majlis telah menubuhkan pasukan khas untuk memantau kawasan tersebut. Pihak Majlis juga telah mengeluarkan notis kepada pemilik/ pengusaha tanah untuk mengemukakan pemohonan Kebenaran Merancang (bagi pemajuan yang selaras dengan zon perancangan) dan memulihkan tanah kepada keadaan asal (bagi pemajuan yang tidak selaras dengan zon perancangan). Jika masih tidak mematuhi notis, tindakan pendakwaan ke mahkamah akan diteruskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.