Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
37) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
Jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman adalah seperti berikut:
Bil. Lokasi Keluasan Tanah Futsal Kawasan Pagar 1. Lipat Kajang, Taman Sri Andalas 3166 Hektar
5000 KP 5936 KP 2. Jalan Seri Sedeli 3, Taman Sri Andalas 4901 MP 5000 KP 7072 kp 3. Jalan Dato Dagang 17A, Taman Sentosa – 5796 KP 7314 KP 4. Lorong Seri Sarawak 22, Padang Rakan Muda Andalas, Klang Plot A 1,047.259 MP 0.26 EK 4018 KP 5428 KP 5. Taman Rakyat 2, Taman Sri Andalas 337,041 MP Keseluruhan 8944 KP 45472 KP -
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat Dewan Negeri adalah bagi memastikan kemudahan sukan yang telah rosak dapat dinaiktaraf untuk digunakan oleh masyarakat setempat sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan riadah ke arah melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya saing.
Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap Dewan Negeri bagi Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Kemudahan Sukan. Pemilihan untuk kelulusan projek ini adalah mengikut tahap kerosakan yang terdapat pada kemudahan tersebut. Berdasarkan amalan semasa, pihak DUN akan mengemukakan permohonan untuk projek menaiktaraf dan baikpulih kemudahan sukan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah untuk diangkat ke peringkat Kerajaan Negeri.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi membaikpulih gelanggang futsal di DUN Sentosa sebagaimana jadual berikut:-
BIL PROJEK PERUNTUKAN (RM) TAHUN 1. Kerja-kerja Membaikpulih Gelanggang Futsal di Jalan Dato’ Yusof Shahbudin 7, Taman Sentosa 19,760.00 2015 2. Kerja-kerja Membaikpulih Gelanggang Futsal di Jalan Dato’ Yusof Shahbudin 11, Taman Sentosa 19,839.00 2015