Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

33) KOLAM TAKUNGAN AIR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini terhadap projek kolam takungan Sungai Gong?

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Sg. Gong dan Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan Fasa 1 di Mukim Rawang, Daerah Gombak. Kemajuan kerja projek ini adalah 92%. Tarikh siap projek ini adalah pada 5/6/2019. Namun begitu, kontraktor gagal untuk menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan dan telah dikenakan denda lewat (LAD).

     

  2. Bagaimana Kerajaan memastikan projek tersebut akan disiapkan dengan baik?

    Bagi memastikan kontraktor dapat menyiapkan kerja dengan baik, pemantauan secara rapi dan berterusan di tapak telah dibuat bagi memastikan kontraktor dapat menyiapkan projek tersebut pada tahun ini. Mesyuarat teknikal dan tapak diadakan setiap 2 minggu bagi memantau kemajuan kerja di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.