Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

31) SKIM KESIHATAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapakah orang yang manfaat dan berapa peruntukan telah digunakan untuk Skim Kesihatan Selangor sejak Tahun 2013?

    Program Skim Kesihatan Selangor telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) bermula tahun 2014 dengan beberapa pindaan dan penambahbaikan seperti berikut:

    1. Bantuan kaki palsu sehingga RM5,000.00;
    2. Bantuan dialisis sehingga RM5,000.00; dan
    3. Syarat kelayakan dilonggarkan daripada pendapatan isi rumah RM1,500.00 kepada RM3,000.00 sebulan.

     

    Penerima manfaat dan peruntukan yang telah dibelanjakan bermula tahun 2013 sehingga terkini adalah seperti berikut:

    TAHUN PERBELANJAAN PENERIMA MANFAAT
    2013 RM572,270.00 282
    2014 RM440,418.00 190
    2015 RM1,523,986.90 532
    2016 RM2,435,300.00 1,016
    2017 RM3,502,055.52 1,181
    2018 RM6,004,594.20 1,784
    2019 RM6,246,080.01 2,167
    2020 RM3,458,519.00 (Sehingga Jun 2020) 811

     

  2. Apakah rancangan Kerajaan untuk menambahbaik program ini?

    Beberapa siri penambahbaikan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi menjamin manfaat program BSS kepada rakyat Negeri Selangor. Di antara penambahbaikan yang telah dan sedang dilakukan adalah permohonan BSS secara atas talian sepenuhnya yang mana memberi kemudahan kepada pemohon untuk berurusan dan memohon bantuan. Laman web BSS ini juga akan diintegrasikan dengan laman web utama Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang telah beroperasi secara berfasa dan akan beroperasi sepenuhnya pada bulan November 2020.

    Selain daripada itu, terdapat kategori bantuan baharu yang akan diletakkan di bawah laman web BSS iaitu Bantuan Insentif Rawatan Tibi yang telah dilancarkan bermula Mei 2020 yang lalu. Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan kepada pesakit tibi yang terpaksa berulang alik ke hospital serta memberi galakan kepada pesakit untuk menamatkan rawatan.

    Kerajaan Negeri akan sentiasa menilai keberkesanan program dan penambahbaikan akan dilakukan sekiranya terdapat keperluan dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.