Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
30) HOTSPOT BANJIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selangor mempunyai berapa hotspot banjir sehingga kini?
Bagi tahun 2020, terdapat sebanyak 108 hotspot banjir direkodkan sehingga Jun 2020.
-
Apakah rancangan untuk penyelesaian hotspot banjir ini?
Antara tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan dalam menyelesaikan isu hotspot banjir adalah seperti berikut:
- Menyelaras tindakan bagi penyelesaian hotspot banjir melalui penyelarasan secara bersepadu melibatkan JPS, JKR, PBT, Pejabat Tanah, Unit Bencana Selangor dan LUAS.
- Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala di kawasan hotspot.
- Melaksanakan kajian projek tebatan banjir di kawasan-kawasan hotspot.
- Menyiapkan kertas kerja memohon kelulusan peruntukan melaksanakan projek-projek di kawasan hotspot banjir di dalam RMK-12.