Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
27) NAIKTARAF LEBUHRAYA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perkembangan terkini untuk projek naiktaraf jalan di lebuhraya B27.
Projek naiktaraf Jalan Negeri B27 kini dalam proses tender semula. Tarikh tutup tender pada 10 Julai 2020 dan kerja-kerja di tapak dijangka bermula pada Oktober 2020.
-
Nyatakan perkembangan terkini untuk projek naiktaraf jalan di lebuhraya B3209.
Jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan FT3209. Projek naiktaraf jalan ini kini dalam peringkat rekabentuk dan dijangka untuk iklan tender pada Januari 2021.