Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

23) LGBT DAN HIV

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senarai statistik kesalahan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku LGBT yang pernah direkodkan di Negeri Selangor.

    Sejak tahun 2017 sehingga 2020 sebanyak 16 aduan diterima dan 15 kes tangkapan telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor berkaitan dengan pelakuan LGBT yang melibatkan seksyen 27,28 dan 30 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995. Seramai 5 orang tertuduh telah disabitkan kesalahan oleh Mahklamah Tinggi Syariah, Shah Alam dan sebahagian kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah.

  2. Apakah langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya sonsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa?

    Langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya songsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa adalah:

    1. Bahagian Pendidikan JAIS telah menyediakan kokurikulum berkaitan akhlak dalam Islam daripada peringkat sekolah rendah lagi. Selain itu, peraturan-peraturan asrama dan pergaulan sentiasa dikemaskini untuk memastikan pencegahan di peringkat awal.
    2. Merangka plan tindakan dan modul memantapkan akidah, syariah dan akhlak di kalangan remaja bagi mendepani gejala songsang ini dari terus berlaku.
    3. Beri penjelasan kedudukan sebenar Islam terhadap pelakuan LGBT yang boleh memberi kesan terhadap akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah, wacana, seminar , bengkel dan lain-lain yang berkaitan.
    4. Mewujudkan penceramah dan pendakwah pakar dalam bidang akidah, syariah dan akhlak khususnya berkaitan LGBT untuk berhadapan dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan atau mempertahankan pelakuan LGBT dan juga untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya LGBT.
    5. Pertingkatkan media dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran berkaitan LGBTsehingga ke akar umbi.
    6. Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana seksyen kesalahan yang mempunyai kaitan dengan LGBT.
    7. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Arriqab telah mengadakan taklimat ke sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan LGBT dalam usaha pencegahan dikalangan pelajar-pelajar sekolag. Program penerangan diteruskan untuk perancangan MAIS bagi tahun 2020 ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat pemulihan yang disediakan bagi golongan LGBT ini seperti Usrah Fitrah di Kelang dan Pintas di Bangi. Kelas-kelas dipemulihan diadakan sepanjang berada di pusat-pusat pemulihan berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.