Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
21) TAHAP LITERASI AL-QURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status tahap literasi Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam di Negeri Selangor?
Tiada kajian dan ukuran tahap literasi Al-Quran yang khusus dibuat kepada umat Islam di seluruh di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, tahap literasi Al-Quran di sekolah agama mengikut pencapaian keputusan peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) bagi mata pelajaran tilawah dan hafazan tahun 2019 adalah lulus 100%.
-
Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar tahap literasi Al-Quran Negeri Selangor?
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar tahap literasi Al-Quran Negeri Selangor adalah:
- Menambah peruntukan masa mengajar dalam jadual waktu bagi mata pelajaran iqra’ dan tilawah bagi tahap satu.
- Melaksanakan program tahsin tilawah kepada guru-guru Al-Quran di semua sekolah.
- Mengadakan kursus pemantapan pengajaran iqra’ bagi guru-guru tahun satu.
- Mengajurkan majlis khatam al-Quran perdana bagi murid-murid tahun enam sebagai penanda aras pencapaian bagi mata pelajaran Al-Quran