Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
20) RODA DARUL EHSAN (RIDE) 2020 SUBSIDI PENGAMBILAN LESEN MOTOSIKAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan berjaya?
Tiada permohonan yang diterima dan berjaya kerana penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan menyebabkan program RIDE ditangguhkan.
-
Berapakah jumlah permohonan yang ditolak dan berikan sebab mengapa permohonan tersebut ditolak?
Setakat ini, tiada saringan diterima dan ditolak kerana Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) belum membuka peluang permohonan.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program tersebut?
Tiada peruntukan yang dibelanjakan kerana program RIDE masih belum dilaksanakan.