Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

18) PENGINDAHAN DAN MENCERIAKAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengindahkan dan menceriakan Pekan Pelabuhan Klang sejajar dengan gelaran pelabuhan ke-12 terbesar di dunia?

    Merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan MPK 2035, cadangan perancangan mengindahkan dan menceriakan pekan Pelabuhan Klang adalah seperti berikut:

    1. Cadangan pemuliharaan semula kedai di deretan Jalan Kem;
    2. Mewujudkan kiosk info pelancongan di Jeti penumpang Pelabuhan Klang.

     

    Di samping itu juga, Majlis Perbandaran Klang mempunyai perancangan landskap untuk bandar Pelabuhan Klang seperti berikut:

    1. Konsep – pihak Majlis dalam usaha untuk membangun dan membentuk imej Bandar Pelabuhan Klang berasakan fungsinya sebagai sebuah bandar pelabuhan, perdagangan, perniagaan dan perkhidmatan, pemilihan konsep “Bandar Maritim Diraja” dilihat mampu menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah bandar yang dinamik serta mampan;
    2. Mengoptimumkan keunikan kawasan pelabuhan dan kawasan pesisir lautnya disamping memelihara seni bina warisan di pusat bandar yang mempunyai nilai tersendiri;
    3. Mewujudkan bandar yang mempunyai sistem kemudahsampaian tinggi untuk semua penduduk dengan mengambil kira golongan kurang upaya;
    4. Meningkatkan kualiti fizikal bandar melalui kepelbagaian tata ruang dan aktiviti yang bersesuaian bagi mewujudkan sebuah bandar yang dinamik dan berkembang;
    5. Cadangan pembangunan landskap Pelabuhan Klang gerbang masuk atau titik ketibaan bandar;
    6. Landskap jalan dan jalanan hijau – landskap jalan merupakan kawasan dan aspek yang paling penting dalam pembangunan bagi menaiktaraf landskap sesebuah bandar. Bagi mewujudkan rangkaian jalinan hijau, ia perlu merangkumi kawasan hijau di pinggir jalan, kawasan lapang dan pesisir pantai ataupun sungai. Jalinan hijau ini berfungsi merangka laluan yang menghubungkan kesemua kawasan hijau yang terdapat di dalam bandar seperti taman poket yang berfungsi sebagai ruang interaksi komuniti masyarakat setempat. Jalinan hijau yang menyeluruh mampu menstabilkan ekologi kawasan bandar sekaligus membantu menyeimbangkan suhu di sekitar kawasan bandar tersebut.
    7. Menaiktaraf jenis lampu kepada ‘decorative pole’.
    8. Menaiktaraf kepada lampu LED.

Lampiran

Tiada Lampiran.