Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
264) KES DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini penyelidikan nyamuk Wolbachia dalam usaha mencegah denggi?
Status terkini mengenai nyamuk wolbachia dalam usaha mencegah denggi.
Nyamuk berwolbachia telah dilepaskan di 17 lokaliti di negeri Selangor; iaitu 9 lokaliti di bawah oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan 8 lokaliti oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.
Sembilan (9) lokaliti telah dilepaskan nyamuk berwolbachia oleh Institut Penyelidikan Perubatan adalah:
- AU2 Keramat, Gombak;
- PKNS AU2 Keramat, Gombak;
- Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam;
- Jalan Plumbum 101/103;
- Mentari Court;
- Pusat Komersial Seksyen 7;
- Jalan Kristal Seksyen 7;
- Flat D PKNS, Seksyen 7, Shah Alam; dan
- Condo Suria Mas, Kelana Jaya;
Lapan (8) lokaliti terlibat dalam aktiviti pelepasan nyamuk berwolbachia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bermula 7 Julai 2019 sehingga adalah:
- Apartment Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam;
- Apartment Kelana Putra Puteri Condo, Jalan SS 7/26, SS7, Petaling Jaya;
- Apartment Pelangi Damansara Blok D, E, F, G, H, I, J dan K, Persiaran Surian, Petaling Jaya;
- Apartment Subang Suria, Jalan Bintang U5/33, Subang Suria, Shah Alam;
- Apartment Lavender, Persiaran Kinrara, Seksyen 3, Puchong;
- Apartment Desa Mentari, Sri PJS 6, Blok 1, 2, 4, 5, 6 & 7, Petaling Jaya;
- Apartment Perdana, Seksyen 13, Shah Alam; dan
- Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam;
-
Nyatakan jumlah kos penyelidikan secara terperinci?
JUMLAH KESELURUHAN KOS NYAMUK BERWOLBACHIA DI NEGERI SELANGOR UNTUK 17 LOKALITI IALAH RM4,661,887.00 (RM4.7 Juta)