Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
261) STATISTIK KECURIAN PERABOT JALAN DAN VANDALISME
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kes akibat daripada kecurian infrastruktur awam (perabot jalan) dan vandalisme di dalam Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga kini? sila berikan mengikut zon daerah.
Jumlah aduan kerosakan perabot jalan yang dilaporkan di dalam Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga kini adalah seperti jadual di bawah
-
Berapakah anggaran jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada perbuatan tersebut?
Berdasarkan rekod, JKR Selangor secara puratanya membelanjakan peruntukan berjumlah RM4.8 juta setahun bagi meningkatkan tahap keselamatan jalanraya termasuk kerja-kerja mengganti dan membaikpulih perabot jalan yang rosak di Jalan-Jalan Negeri. Ia melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri (P12) berjumlah RM4.5 juta dan peruntukan MARRIS dengan jumlah RM300,000.00.