Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

243) PAIP AIR UZUR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggantikan paip air abestos cement (AC) yang uzur di Negeri Selangor?

    Semenjak 2016 hingga 2020, Air Selangor telah dan sedang melaksanakan program penggantian paip jenis Abestos Cement (AC) melibatkan 307 lokasi hotspots sepanjang 711 km. Sehingga 31 Mei 2020, 294 km paip yang telah siap ditukar. Berdasarkan statistik Air Selangor setakat 31 Mei 2020, 6,196 km paip jenis AC di dalam sistem agihan yang telah usang dan perlu diganti. Untuk perancangan masa hadapan, Air Selangor telah memperuntukkan program penggantian paip usang sepanjang 150 km setiap tahun di dalam pelan perniagaan bagi tempoh 30 tahun akan datang.

  2. Sila nyatakan bilangan paip pecah di negeri Selangor untuk tahun 2019 dan 2020.

    Bilangan paip pecah di Selangor untuk tahun 2019 dan 2020 adalah seperti berikut:

    Negeri 2019 Jan-Mei 2020
    Bilangan paip pecah 2,374 851
    Indeks Paip Pecah (pecah/km/tahun) 8.94 7.64

    Purata kes paip pecah dari Januari hingga Mei 2020 adalah sebanyak 170 kes sebulan. Manakala, purata paip pecah pada Januari hingga Mei 2019 adalah 221 kes sebulan. Jika dibandingkan purata tempoh yang sama pada tahun 2019 dan 2020 menunjukkan penurunan sebanyak 51 kes sebulan, bersamaan dengan 23%.

Lampiran

Tiada Lampiran.