Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
210) PEMBERSIHAN BAHU JALAN PERSEKUTUAN DARI SUNGAI CHOH KE BATANG KALI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri ingin memastikan jalan-jalan persekutuan ini diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan agar tidak mencacatkan pemandangan mereka yang melalui jalan ini?
Pihak konsesi Roadcare Sdn Bhd melaksanakan kerja-kerja rutin pada setiap bulan mengikut jadual dan dipantau oleh pihak JKR Daerah. Skop yang dilaksanakan adalah R 02 – Bahu Jalan. Audit pemantauan kerja-kerja rutin turut dilaksanakan bagi memastikan jalan-jalan persekutuan diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menaiktaraf serta mencantikkan bahu serta pembahagi jalan ini?
Setakat ini tiada lagi perancangan untuk menaiktaraf, walaubagaimanapun kerja-kerja landskap untuk mencantikkan bahu jalan dan juga pembahagi jalan ini boleh dipertimbangkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.