Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
201) KEWANGAN AKIBAT PKP
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diterima dan disalurkan termasuk daripada sumber lain sepanjang PKP? Senaraikan.
Sebagaimana kita semua maklum, wabak Covid – 19 ini telah memberikan impak terhadap dunia amnya dan Malaysia khususnya. Oleh itu, negeri Selangor juga turut menerima impak yang sama. Bagi tujuan menangani Covid – 19, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk projek pembangunan berskala kecil di bawah Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam / Projek Infrastruktur Asas (PIA/PIAS). Pelaksanaan projek-projek PIA/PIAS ini adalah bertujuan sebagai stimulus package untuk menangani masalah kegawatan ekonomi negeri. Selain itu, sebanyak RM10 juta telah disalurkan ke Tabung Pakej Rangsangan Ekonomi bagi tujuan bantuan menangani wabak Covid – 19 seperti kos pengoperasian stesen-stesen kuarantin, pembelian topeng pelitup muka (face mask), hand sanitizer dan lain-lain. Sebanyak RM7.795 juta telah dibelanjakan bagi tujuan yang telah dinyatakan dan baki peruntukan akan digunakan untuk menampung pembayaran insentif kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid – 19.
Selain terimaan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga menerima terimaan dari MBI yang berjumlah sebanyak RM105.95 juta bagi menampung inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan perincian seperti berikut:
Bil Inisiatif Yang Dilaksanakan MBI Perbelanjaan MBI (RM) 1 Inisiatif Selangor Pay 100 juta 2 Menampung bantuan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar UNISEL, KUIS, INPENS dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain 2.56 juta 3 Menampung bekalan makanan kepada frontliner, petugas media dan petugas keselamatan sepanjang tempoh PKP Fasa I dan Fasa II 1.44 juta 4 Pemberian insentif sebanyak RM200 (One Off) kepada petugas hospital di Negeri Selangor 1.2 juta 5 Bantuan makanan kepada petugas hospital di Negeri Selangor sepanjang bulan April 2020 6 Pembangunan platform e-learning 700 ribu 7 Keperluan Task Force COVID Selangor melalui SELangkah 50 ribu Selain daripada MBI, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga turut menampung kewangan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh PKP bagi tujuan menangani impak Covid – 19 dengan menawarkan peruntukan khas bagi mengupayakan kapasiti Ahli Majlis PBT sempena Selangor Gempur Covid – 19 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.75 juta dan pengecualian sewa 1 bulan di premis PBT yang melibatkan impak kewangan sebanyak RM12 juta.
-
Apakah bantuan kepada peniaga kecil, pengusaha van sekolah, tadika dan tahfiz persendirian yang terjejas?
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat Selangor yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Lantaran itu, di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa I dan Fasa II, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan memberi pengecualian sewa premis PBT untuk tempoh sebulan dengan impak kewangan RM12 juta. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif dengan menawarkan insentif/pemberian khas kepada peniaga kecil yang diberikan secara one-off sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM40 juta. Pemberian khas ini dapat membantu seramai 80,000 orang penjaja dan peniaga berlesen yang terjejas ekoran daripada PKP yang dilaksanakan Kerajaan.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan kepada pengusaha van sekolah, tadika dan tahfiz persendirian yang terjejas ekoran daripada PKP.
-
Senaraikan yayasan dan NGO yang membantu menangani kesan ekonomi, sosial dan mental.
Dalam usaha membantu Kerajaan Negeri menangani kesan ekonomi, sosial dan mental sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan. Antara NGO yang terlibat adalah seperti berikut :-
i. Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS)
- Bantuan Insentif Penjagaan Anak-anak Petugas Barisan Hadapan (Frontliners)
ii. Institut Wanita Berdaya Selangor
- Menjalankan Kajian Impak Sosio-Ekonomi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 Terhadap Kehidupan Wanita di Selangor.
- Kajian Perubahan Wajah Kemiskinan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor Kesan dari PKP.
- Menjalankan program-program pengukuhan kewangan dan sokongan ekonomi kepada golongan wanita secara dalam talian seperti :-
a) Siri Usahanita Selangor (15 sesi Instagram, Youtube, Seni dan Pemasaran, Asas Keusahawanan, Mengurus Duit)
b) Siri Sihat Selamat Selangor
c) Program Keluarga Harmoni (13 sesi – Modul Pengurusan Kewangan, Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Konflik)
iii. Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aids Organization – WAO)
- Program Komuniti Selamat Bersepadu yang menyediakan tempat perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.
- Menyediakan Talian Hotline Bantuan Keganasan Rumah Tangga sebagai sistem sokongan sosial kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.
iv. Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (Family Empowerment – FAME)
- Program Bantuan Makanan Sihat Kepada Kanak-Kanak Daripada Keluarga Golongan B40.
- Program Bantuan Set Bahan Bacaan Dan Peralatan Mainan Kepada Kanak-Kanak Keluarga B40.
v. KLSWO
- Program Work From Home kepada penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan golongan wanita daripada keluarga B40.
- Sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan semasa tempoh PKP.
vi. Mental Illness Awareness And Support Association (MIASA)
- Kelas Kesihatan Mental secara atas talian yang memberi penerangan berkenaan kaedah mengenalpasti dan cara-cara mengurus tekanan.