Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

198) PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan perkahwinan bawah umur yang didaftarkan sejak pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003?

    Pindaan EUUKIS 2003 (pindaan 2018 ) berkaitan hak minima berkahwin telah dikuatkuasakan pada 18 Mac 2019. Oleh itu, bilangan perkahwinan bawah umur yang didaftarkan sejak pindaan enakmen tersebut adalah sebanyak 69 kes.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menjamin perlindungan dan pendidikan terhadap kanak-kanak yang berkahwin di bawah umur?

    Jaminan perlindungan dan pendidikan kepada pasangan bernikah bawah umur telah dibuat melalui peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (pindaan 2018) dan mana-mana peruntukan yang berkaitan di Negeri Selangor. Permohonan berkahwin bawah umur di Mahkamah Syariah dimulakan dengan permohonan melalui ibu atau bapa atau penjaganya dan juga afidavit bakal isteri kepada lelaki itu atau bakal suami kepada penjaga. Mahkamah akan menjalankan siasatan sebelum membuat keputusan dengan mangambil kira kebajikan lelaki atau perempuan dan berpuas hati perkahwinan itu adalah patut dan perlu serta tidak akan menyebabakan kemudaratan kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada 18 tahun dari segala aspek termasuk berkaitan perlindungan dan pendidikan . Pihak berkaitan seperti JAIS, LZS, JAKESS , JKM dan lain-lain di Negeri Selangor bersedia dan telah menyediakan perkhidmatan sokongan bagi bantuan kebajikan serta pendidikan jika menerima sebarang aduan dari pasangan yang telah berkahwin di bawah umur. Sebagai contoh, JAIS menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat percuma, kursus dan seminar berkaitan kekeluargaan. Bantuan LZS juga boleh diperolehi jika pasangan tersebut layak menerima bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.