Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

196) PEMBANGUNAN TANAH KERAJAAN DI LOT 3 DAN TANAH JKR PEKAN MERU

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan negeri akan mula merobohkan kedai di atas tanah kerajaan Lot 3 Pekan Meru?

    Lot 3, merupakan tanah Kerajaan Negeri yang menempatkan Balai Penghulu Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang. Pihak Pentadbir Tanah Klang telah menerima aduan dari orang ramai berhubung aktiviti pencerobohan tanah kerajaan terbabit. Pentadbir Tanah Klang juga telah mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965 kepada semua pemilik struktur untuk pemilik mengosongkan tapak.

    Pada masa ini, pihak Majlis Perbandaran Klang sedang dalam penyediaan pelan pembangunan bagi Lot terbabit bagi menempatkan semula dan menyelesaikan isu penjaja di kawasan Meru.

    Tindakan perobohan struktur kedai di tapak akan dilaksanakan setelah pelan pembangunan ini dimuktamadkan.

     

  2. Apakah perancangan JKR Klang ke atas tanah mereka di hadapan dewan orang ramai MPK Pekan Meru dan bilakah tanah tersebut akan dibangunkan?

    Pihak JKR Klang mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut (Lot 5151) sebagai Pembangunan Bengkel Bersepadu dan Kuarters Kediaman serta kemudahan – kemudahan yang berkaitan. Perancangan pembangunan ini akan dilaksanakan selepas isu kedai dan kuil di atas tanah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan mendapat kelulusan dari pihak UPEN.

Lampiran

Tiada Lampiran.