Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
181) NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf jalan Kg Koskan ke Bandar Sungai Buaya (ft 1208 ) khususnya di selekoh berbahaya bukit benggali kerana terdapat banyak kali berlaku kemalangan melibatkan lori muatan berat dan motosikal?
Permohonan pelaksanaan projek menaiktaraf Jalan Kg. Koskan ke Bandar Sg. Buaya, Jalan Persekutuan FT1208 telah dimohon kepada Caw. Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dibawah RMKe-12 pada 10 Februari 2020. Penambahbaikan dari segi aspek keselamatan jalan akan dilaksanakan sekiranya permohonan projek tersebut diluluskan.
-
Apakah status Bukit Benggali tersebut?
Status tanah tersebut adalah pertanian dah hak milik invidu.