Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
175) TABUNG COVID-19 SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dana terkumpul yang diperolehi Kerajaan melalui Tabung Covid-19 Selangor?
Tabung Khas Bantuan COVID-19 diwujudkan untuk membantu rakyat dan pemastautin di Negeri Selangor yang telah menerima kesan pandemik COVID-19. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merangsang sokongan dan kerjasama orang awam serta sektor swasta khususnya di Negeri Selangor untuk bersama-sama Kerajaan Negeri membendung wabak tersebut. Sehingga 7 Julai 2020, dana terkumpul yang diperolehi Kerajaan melalui Tabung Khas Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM8,845,942.70 termasuk melalui pembiayaan program-program CSR yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
-
Apakah bentuk perbelanjaan dan/atau bantuan yang disalurkan melalui dana terkumpul tersebut?
Selari dengan tujuan Tabung Khas Bantuan COVID-19, wang sejumlah RM6,348,725.70 daripada tabung ini telah digunakan bagi membiayai pelbagai insentif dan bantuan seperti yang telah diumumkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1 dan 2 kepada agensi terlibat. Antara insentif dan bantuan yang telah disalurkan adalah seperti berikut:
- Insentif RM200.00 (one-off) untuk petugas barisan hadapan di hospital Negeri Selangor;
- Menghargai petugas barisan hadapan yang merangkumi bantuan makanan dan keperluan task force COVID-19 Selangor;
- Makanan percuma mahasiswa/ mahasiswi di UNISEL, KUIS dan INPENS;
- Membangunkan platform e-learning untuk pembelajaran secara online;
- Insentif Digitalisasi bagi Program Inisiatif e-Kitchen Selangor;
- Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Yang Terkesan Akibat Covid-19;
- Sumbangan Dana Tabung Khas Covid-19 kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS);
- Bantuan Kos Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dan Council Homes, Bandar Baru Bangi Di Bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin;
- Inisiatif Digital Selangor Grab bersama servis-servis lain yang berkaitan.