Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
167) HADIAH IPTA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa status Skim Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) tahun ini?
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) tidak dapat dibuka pada awal tahun ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan berikutan penularan Covid-19. Namun begitu, permohonan bagi tahun 2020 akan dibuka pada Ogos 2020.
-
Berapa pelajar layak mendapat Hadiah ini pada tahun 2019 dan 2020?
Seramai 2,458 orang pelajar telah layak mendapat Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada tahun 2019.