Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

165) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peminjam hijrah yang terkesan akibat pkp?

    Kerajaan Negeri melalui Hijrah Selangor telah mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran dengan mewujudkan platform digital. Platform digital ini dinamakan e-Kitchen Selangor yang membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan selain dari memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa atas talian.

    Tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peminjam Hijrah yang terkesan akibat PKP adalah memberikan kelulusan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman Hijrah selama 3 bulan kepada hamper 40 ribu (atau 39,237) orang peminjam. Penangguhan ini melibatkan RM70 Juta kutipan bagi tempoh penangguhan tersebut. Selepas tempoh penangguhan tamat, Hijrah Selangor akan memberikan kelonggaran membuat penjadualan semula pinjaman kepada peminjam yang tidak berkemampuan membayar balik mengikut jumlah yang ditetapkan.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan lagi program e-kitchen Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemebadanan) atau MBI sedang dalam proses kajian dan penelitian menyeluruh terhadap keberkesanan program e-Kitchen fasa pertama yang telah dilaksanakan pada bulan Mei lalu. Setakat ini, Kerajaan Negeri belum lagi menerima maklumbalas daripada MBI berkaitan kajian tersebut.

  3. Apakah terdapat cadangan mewujudkan sistem penjualan dalam talian khusus untuk peminjam dan pengusaha hijrah?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Raitaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha luar bandar. SELDEC merupakan kerjasama bersama PKNS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), KOHIJRAH bersama Kerajaan Negeri dan MMAG Holding Berhad bagi mencari usahawan yang berpotensi untuk menyertai program ini.

    Majlis Perasmian dan Pelancaran SELDEC serta uacapan penyerahan dokumen kolaborasi antara MMAG Holding Berhad dengan PKNS, PKPS dan KOHIJRAH telah diadakan pada 3 Oktober 2019 bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    SELDEC bertujuan menangani isu berkaitan ekosistem rantaian pengurusan perniagaan dengan memanfaatkan sumber sedia ada, megnurangkan kos kitaran hayat pegangan produk dan mengurangkan isu orang tengah. Sistem itu menjadi lebih mudah sekaligus menjana keuntungan yang lebih baik kepada pengusaha dan usahawan luar bandar. Ia juga memberikan pendapatan sampingan kepada kurier yang menghantar barangan.

    SELDEC dikuasakan dengan penggunaan aplikasi digital bagi membantu usahawan dan pengguna menempah barangna yang diingini secara terus.

Lampiran

Tiada Lampiran.