Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

146) SMART SELANGOR CCTV

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini terhadap pemasangan 5000 CCTV yang telah umum pada Bajet Negeri Selangor Tahun 2020?

    Pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telahpun mengenalpasti dan memuktamadkan spesifikasi teknikal pemilihan kawasan untuk pemasangan 100 unit CCTV baharu untuk tahun 2020 di seluruh Negeri Selangor.

     

  2. Nyatakan lokasi CCTV yang telah dipasang dan akan dipasang.

    Kerja-kerja pemasangan CCTV baharu hanya akan bermula pada suku ketiga tahun 2020 ini. Lokasi pemasangan CCTV tersebut pula akan dipilih berdasarkan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan, Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Polis Diraja Malaysia Selangor di seluruh Selangor.

  3. Bagaimana CCTV ini telah membantu untuk menjamin keselamatan penduduk?

    1. elangor di seluruh Selangor.

    Pemasangan CCTV dijangka berupaya untuk meningkatkan tahap kawalan dan keselamatan persekitaran penduduk menerusi beberapa kaedah seperti berikut:

    • Pemasangan CCTV di kawasan strategik yang dikenalpasti oleh PDRM Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor;
    • CCTV yang berkemampuan untuk beroperasi di dalam pelbagai cuaca dan pencahayaan seperti hujan lebat, berjerebu, waktu malam dan sebagainya; dan
    • CCTV yang disokong dengan keupayaan pemprosesan analitik pintar untuk pemantauan automatik yang menyalurkan tindakan susulan pihak-pihak yang berkaitan secara masa nyata.

Lampiran

Tiada Lampiran.