Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
140) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setelah program ini dibuka kembali, berapa permohonan yang telah diluluskan?
Berdasarkan laporan yang diterima daripada Selcare Management Sdn Bhd yang merupakan pengendali kepada program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebanyak 13,791 permohonan telah diluluskan untuk terus menerima manfaat program ini setelah proses pengemaskinian penerima program KISS ini dibuka kembali.
-
Nyatakan jumlah kelulusan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri.
Jumlah kelulusan mengikut kawasan Dewan Negeri Selangor adalah seperti berikut :
(Sumber : Selcare Management Sdn Bhd) -
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukan bagi membolehkan ramai lagi peserta dapat dibantu?
Sebagai makluman ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2020 Kerajaan Negeri Selangor telah membuat penambahbaikan terhadap bilangan penerima manfaat Program KISS dengan tambahan jumlah penerima sebanyak 5,000 orang berbanding pada tahun 2019. Langkah ini selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 27/2019 yang telah disahkan pada 2 Oktober 2019 yang lalu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM62juta bagi menjayakan pelaksanaan program KISS bagi tahun 2020. Langkah ini penting agar Kerajaaan Negeri dapat terus menyantuni golongan wanita ini untuk meringankan beban kewangan dalam memenuhi keperluan asas keluarga.