Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

129) STATUS PENINGKATAN MPAJ DARI MAJLIS PERBANDARAN KEPADA BANDARAYA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?

    MPAJ dalam penyediaan kertas kerja naik taraf bandaraya mengikut maklumat dan format yang ditetapkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Perkara ini juga telah dirujuk bersama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penyediaan kertas kerja tersebut.

  2. Apakah manfaat akan diperolehi oleh penduduk, peniaga dan pengilang selepas MPAJ bertukar status kepada Bandaraya?

    Pelbagai manfaat akan diperolehi oleh penduduk, peniaga dan pengilang selepas MPAJ bertukar status kepada Bandaraya secara langsung dan tidak langsung seperti peningkatan taraf perkhidmatan, pembangunan perbandaran, kemasyarakatan, pelancongan, pendidikan, landskap, pelaburan, infrastruktur dan kemudahan awam, perindustrian, ekonomi, alam sekitar, kesihatan, kebersihan, perniagaan dan lain-lain serta mencapai Smart

Lampiran

Tiada Lampiran.