Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
101) TINDAKAN TERHADAP KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kilang haram yang telah diputuskan bekalan elektrik di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang?
Sehingga bulan Jun 2020, jumlah kilang haram yang telah diputuskan bekalan elektrik di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang adalah sebanyak 47 buah kilang. Kesemua kilang tersebut adalah Skrap Plastik.
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Klang terhadap kilang-kilang haram tersebut?
Pihak Majlis telah membuat satu pendakwaan ke atas kilang Opes Recycling Sdn. Bhd. memandangkan terdapat isu berkaitan pencemaran alam sekitar. Walaubagaimanapun, lain-lain kilang tidak dibuat pendakwaan memandangkan kilang-kilang tersebut telah tutup operasi.