Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
80) MASALAH DENGGI DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini kes Denggi di Negeri Selangor mengikut daerah.
Daerah Kes Denggi Tahun 2020
( sehingga 27 Jun )Petaling 10,651 Klang 57,21 Hulu Langat 5,369 Gombak 4,369 Sepang 1,681 Hulu Selangor 1,073 Kuala Selangor 600 Kuala Langat 580 Sabak Bernam 87 Selangor 30,131 -
Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Denggi yang semakin meningkat di Selangor?
Usaha terkini Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Denggi yang semakin meningkat di Selangor adalah melalui kempen penggunaan repellen dan semburan aerosol di rumah dalam kalangan pesakit demam denggi dan komuniti. Aktiviti ini digiatkan dengan kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan (klinik kesihatan) untuk pemberian repellen dan kerjasama bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan aktiviti semburan aerosol di dalam rumah.
-
Adakah sebarang kajian dibuat untuk membanteras seterusnya dapat mengawal masalah Denggi di Selangor?
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah membuat kajian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (bermula pada 18.03.20).
Hypothesis kajian adalah melihat kaitan bilangan kes yang tinggi berbanding mobilisasi / pergerakan rakyat terutama di Lembah Klang.
Hasil kajian ini menunjukkan:
- Kajian Entomologi (kaji serangga) menunjukkan kepadatan nyamuk masih tinggi samada sebelum dan semasa tempoh PKP
- Kajian Penilaian Risiko Persekitaran di lokaliti-lokaliti wabak berulang menunjukkan tempat pembiakan nyamuk, isu sampah (tabur dan haram) juga masih tinggi samada sebelum dan semasa tempoh PKP
- Analisa di lokaliti wabak menunjukkan bilangan kes denggi di lokaliti tersebut menurun bermula 2 minggu sebelum PKP (ME10/2020) (bermula 1 Mac 2020) dan tren berkenaan terus dilihat menurun semasa tempoh PKP sehinggalah peningkatan semula pada ME 15/2020 (bermula 5 April 2020)
- Amalan kebersihan pemusnahan tempat pembiakan aedes di premis masing-masing (dalam dan luar rumah) adalah tinggi berdasarkan kajian responden sebanyak 2,088 penduduk di Negeri Selangor secara umum
Maka secara kesimpulan, kajian ini menunjukkan antara punca jangkitan tinggi di negeri Selangor adalah jangkitan gigitan luar premis (outdoor biting) dan isu mobilisasi / pergerakan penduduk.