Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
60) RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bilakah tarikh pelaksanaannya?
Seperti ramai yang maklum, program RIDE ini ditangguhkan kerana kesan daripada perlaksanaan PKP baru baru ini. Namun begitu, Tarikh kerangka perlaksanaannya adalah seperti berikut.
- 21 Julai 2020 (Pelancaran Program RIDE)
- 7 Ogos – 31 Ogos 2020 (proses permohonan)
- 1 September – 7 September 2020 (proses semakan JPJ)
- 8 September – 31 Disember 2020 (perlaksanaan program RIDE)
-
Apakah punca sebenar pelaksanaannya ditangguhkan?
Perlaksanaannya ditangguhkan kerana negara dilanda pandemik wabak Covid-19 dan negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membantutkan pergerakan untuk petugas perlaksana menjalankan tugas tugas untuk menjalankan program ini.