Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
38) KESAN PEKERJAAN AKIBAT PKP
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah anggaran jumlah rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat PKP?
Jumlah rakyat yang kehilangan pekerjaan bagi Negeri Selangor yang telah direkodkan oleh PERKESO melalui Permohonan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan adalah seramai 14,892 orang dari tempoh Januari hingga Jun 2020.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai sistem pendaftaran pangkalan data untuk mereka yang mencari pekerjaan?
Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sistem pendaftaran pengkalan data untuk pencari kerja buat masa kini. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai jalinan kerjasama dengan pihak JobsMalaysia di mana laman web JobsMalaysia berfungsi sebagai padanan dan carian pekerjaan atas talian bagi seluruh rakyat Malaysia. Pencari kerja khususnya rakyat Selangor boleh mendaftar di laman web jobsmalaysia.gov.my untuk mencari pekerjaan dan mendapat notifikasi padanan pekerjaan melalui emel yang telah didaftarkan secara percuma.
-
Berapakah jumlah premis perniagaan tidak sah warga asing yang telah dikenalpasti dan tindakan yang telah diambil mengikut PBT?
Jumlah premis perniagaan tidak sah warga asing yang telah dikenalpasti dan tindakan yang telah diambil mengikut PBT adalah seperti berikut :