Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
37) IMPAK PEMBERHENTIAN AIR PERCUMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pemberian air percuma secara automatik yang dihentikan baru-baru ini mengurangkan purata kegunaan seharian untuk pelanggan domestik?
Penggunaan purata air domestik secara amnya tidak menunjukkan perubahan besar setelah pemberian air percuma dihentikan kepada semua pengguna Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dari Jadual Purata Penggunaan Harian berikut:-
Maklumat Jan 20 Feb 20 Mac 20 Apr 20 Mei 20 Meter Padu 43,034,032 42,828,140 44,309,612 42,430,014 62,513,772 Jumlah Akaun 1,687,384 1,629,985 1,694,519 1,644,579 1,633,540 M3/ Akaun/Hari 0.82 0.91 0.84 0.86 1.23 Bermula pada bulan Mac 2020, purata penggunaan air pelanggan domestik menunjukkan peningkatan yang berkemungkinan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat oleh kerajaan semasa pandemik COVID 19 bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2020 di mana melalui Perintah tersebut, pengguna berada di rumah sepanjang masa. Kerajaan Negeri berpandangan Program Pemberian Air Percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bukanlah faktor yang boleh menunjukkan pengurangan penggunaan air domestik. Faktor utama di dalam pengurangan penggunaan air domestik adalah terletak kepada kesedaran pengguna akan kepentingan penggunan air secara berhemah kerana setiap titis air yang digunakan akan dinilai melalui kadar tarif yang akan dibayar oleh pengguna itu sendiri.
-
Berapakah permohonan air percuma yang diterima dan diluluskan setakat ini?
Tuan Speaker,
i. Permohonan pendaftaran Skim Air Darul Ehsan sehingga 31 Disember 2019 adalah sebanyak 226,969. Dari jumlah ini, sebanyak 15,625 tidak dapat diproses pendaftarannya ke dalam Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) kerana sebab-sebab berikut:-
- Nombor kad pengenalan telah digunakan oleh pemohon lain;
- Nombor meter air telah digunakan oleh pemohon lain;
- Nombor telefon telah digunakan oleh pemohon lain; dan
- Maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti tidak kemukakan nombor Kad Pengenalan, alamat e-mel, nombor akaun air, alamat kediaman/premis dan maklumat pasangan.
ii. Selanjutnya, setelah semak silang dibuat ke atas 211,344 permohonan menggunakan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kategori Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi memastikan kesahihan permohonan berdasarkan kepada kelayakan jumlah pendapatan di bawah RM4,000.00, sebanyak 199,254 layak mendapat mendapat SADE dan 12,090 permohonan tidak layak kerana tidak memenuhi syarat pendapatan.
iii. Dengan mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE, jumlah keseluruhan pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE adalah sebanyak 250,000 akaun.