Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

30) TAMBAHBAIK INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk tingkatkan penerimaan Kad Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor sebagai bantuan pasca Covid-19?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bilangan kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang diperuntukan pada masa kini masih sama iaitu 25,000 orang. Walau bagaimanapun, dalam menghadapi fasa pemulihan pandemic Covid-19 ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menambahbaik perkhidmatan KISS ini dengan memperluaskan jenis barangan yang boleh dibeli oleh pemegang kad KISS sebagai alat perlindungan diri seperti sarung tangan, pelitup muka (face-mask), cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di kedai atau pasaraya terpilih selain daripada pembelian barangan asas sedia ada.

    Bagi penambahbaikan Kad Peduli Sihat pula, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah bilangan kuota pemegang polisi Skim Insurans Peduli Sihat (SPS) daripada 65,000 orang sebelum ini kepada 85,000 pemegang polisi dengan pembahagian tambahan kuota seperti berikut:

    i. Sebanyak 18,000 polisi diperuntukkan kepada pemohon yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan berasaskan pendapatan terendah daripada senarai pemohon. Kuota ini tidak tertakluk kepada kuota DUN;
    ii. Sebanyak 1,000 kad diperuntukkan kepada ketua kampung tradisi, ketua kampung baru cina, ketua komuniti india, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN, penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan
    kakitangan pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berpendapatan RM2,000.00 dan ke bawah;
    iii. Sebanyak 200 kad diperuntukkan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang tidak tersenarai daripada kuota DUN; dan
    iv. Sebanyak 800 polisi untuk kes-kes terpencil.

  2. Bilakah sistem Kad Peduli Sihat akan diaktifkan semula?

    Program Skim Peduli Sihat (SPS) telah diaktifkan semula sejak Jun 2019 iaitu selepas proses penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bermula Mei 2019 sehingga Jun 2019. Pemegang kad dan pemegang polisi layak menerima manfaat SPS bermula daripada tarikh tersebut sehingga kini.

    Setelah ditambah baik menjadi Skim Insurans Peduli Sihat, para peserta masih boleh terus menggunakan Kad Peduli Sihat sedia ada, di mana pakej baru Skim Insurans Peduli Sihat tersebut telah diaktifkan sebaik mendapat kelulusan MMKN pada April 2020. Para pemegang polisi juga layak menerima manfaat asas bermula Januari 2020 dengan tempoh sah laku polisi sehingga Disember 2021 dan akan diperbaharui sekiranya pemegang polisi masih lagi memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan.

  3. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membawa semula Khairat Kematian SMUE?

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum ada sebarang perancangan untuk membawa semula Khairat Kematian SMUE yang dikendalikan oleh Yayasan Anak Warisan Selangor. (Sumber: Yayasan Anak Warisan Selangor -YAWAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.