Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

24) PEKERJA ASING

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran pekerja warga asing dengan izin dan tanpa di Negeri Selangor?

    Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, bancian penduduk dan perumahan akan dilaksanakan pada Bulan Julai 2020 termasuk pekerja warga asing yang menetap di Malaysia.

  2. Bagaimana kerajaan mengatasi masalah pekerja warga asing yang makin bertambah?

    Kawalan kemasukan warga asing merupakan bidang kuasa kerajaan pusat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sedia dan sentiasa memberi kerjasama terhadap perkara ini. Terdapat beberapa usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan neger melalui PBT terhadap kawalan warga asing. Antaranya:

    1. Mempergiatkan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen untuk memastikan pekerja asing berada dalam sektor perkerjaan yang betul seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan;
    2. Kerajaan negeri juga meluluskan untuk tidak membenarkan warga negara asing menjalankan aktiviti perniagaan perniagaan kecil / sederhana atau dilesenkan di bawah aktiviti penjaja. semua lesen penjaja dan peniaga kecil termasuk lesen perniagaan di premis milik Jabatan/ Agensi/ PBT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah dipertimbangkan kepada warganegara Malaysia sahaja. PBT juga meletakkan sekatan pada syarat-syarat lesen penjaja iaitu tidak dibenarkan menggunakan pekerja warga asing tanpa izin. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap perniagaan tanpa lesen yang dipelopori oleh warga asing khususnya dan juga premis penjaja yang menyewakan

Lampiran

Tiada Lampiran.