Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

6) PRESTASI KAWALAN PEMBAKARAN TERBUKA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kes yang berlaku dan prestasi kawalan pada tahun ini berbanding 3 tahun yang lalu?

    Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dari 1 Januari 2020 sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 982 aduan pembakaran terbuka yang diterima, berbanding tempoh yang sama pada 3 tahun yang lepas adalah seperti berikut:

    JAS Negeri Selangor juga telah mengambil tindakan perundangan berupa tawaran kompaun dan kertas siasatan ke atas kes-kes pembakaran terbuka yang berasas dan dapat dikenalpasti pelaku atau pemilik tanah. Berikut merupakan bilangan tindakan perundangan yang telah diambil:

    Bagi mengurangkan kes pembakaran terbuka, Kerajaan Negeri mengambil tindakan dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:-

    1. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah & Daerah dengan mengambil tindakan ke atas pihak yang didapati melakukan atau membenarkan aktiviti pembakaran terbuka;
    2. JAS menjalankan program pemantauan dan rondaan darat ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku pembakaran seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah;
    3. Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Mineral dan Geosains melaksanakan langkah pencegahan pembakaran terbuka di kawasan hutan yang melibatkan tanah gambut dengan melaksanakan “water management system” melalui pembinaan “checkdam” dan pembinaan telaga air tanah (tubewell) di kawasan tersebut supaya kebakaran dapat dikawal dan dikurangkan;
    4. Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, JPAM dan RELA terlibat di dalam kerja-kerja pemadaman bagi kes-kes kebakaran yang telah berlaku melibatkan kawasan hutan, tanah gambut dan tapak pelupusan sampah;
    5. Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah akan digerakkan bagi kes-kes pembakaran terbuka berskala besar seperti kebakaran hutan simpan dan tapak pelupusan sampah haram untuk mengambil tindakan bersepadu bagi memadam kebakaran tersebut mengikut Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Kebakaran Hutan/Pembakaran Terbuka dan Jerebu;
    6. Bagi membantu untuk mempercepatkan pemadaman kebakaran yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kerajaan Negeri telah mendapatkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menggunakan khidmat penerbangan Bombardier untuk pemadaman kebakaran hutan di Negeri Selangor ;
    7. Kerajaan Negeri Selangor juga melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-30/2012 yang diadakan pada 15 Ogos 2012 telah membuat keputusan bahawa Pejabat Tanah Daerah akan merampas tanah-tanah terbiar dan tanah-tanah di mana pembakaran terbuka berlaku serta pemilik tanah tidak mengusahakan apa-apa aktiviti dan tidak menjaga tanah mereka; dan
    8. Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar kepada orang awam dan para petani bagi memastikan mereka memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
    9. JAS menerbitkan Pelan Tindakan / Prosedur Operasi Standard berkaitan pembakaran terbuka melalui dokumen seperti berikut:

    a. Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan
    b. Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan
    c. Prosedur Tetap Operasi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu Di Malaysia

    Dari segi prestasi kawalan pada tahun ini, tindakan pencegahan pembakaran terbuka telah dipertingkatkan melalui pengawasan menggunakan ‘drone’ yang dapat mengesan pembakaran terbuka di kawasan yang sukar dilalui dan membolehkan tindakan pemadaman yang cepat diambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.